Meizu M6 dan Meizu M6 Note kini ditawarkan di Malaysia

Meizu Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Meizu M6 dan Meizu M6 Note ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 599 dan RM 899.

Meizu M6 hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.2-inci, pemproses MediaTek MTK6750, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 3,070mAh dan sensor capjari mTouch.

Meizu M6 juga memiliki kamera belakang 13MP dengan aperture f/2.2 manakala kamera selfie pula adalah unit kamera 8MP dengan aperture f/2.0.

Meizu M6 juga memiliki slot sim hibrid Nano dan Fylme OS yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Pembelian Meizu M6 atau Meizu M6 Note boleh dilakukan melalui wakil penjual sah produk Meizu di seluruh negara dan juga melalui rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee Malaysia.

Bercakap mengenai Meizu M6 Note pula, ianya adalah telefon pintar yang memiliki skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, GPU Adreno 506 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Meizu M6 Note ini hadir dengan lapisan gelas 2.5D yang dipadankan dengan reka bentuk logam unibodi yang sudah pastinya memberikan imej premium dan mewah.

Meizu M6 Note juga memiliki teknologi dwi-kamera pada bahagian belakang iaitu 12MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.0.

Selain itu, Meizu M6 Note turut memiliki sensor capjari mBack yang mampu mengaktifkan peranti didalam masa 0.2 saat dan terdapat juga sokongan pembayaran AliPay.

Meizu M6 Note kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 899 dan hadir didalam empat pilihan warna iaitu perak, emas, biru dan hitam.

Meizu M6  pula akan ditawarkan didalam masa terdekat dengan harga penjualan RM 599.

Comments

comments

Share