Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5T dijangka akan dibuka untuk tempahan melalui Directd esok

OnePlus 5T yang dilancarkan bulan lalu kini sudah hampir ditawarkan di pasaran Malaysia dan tempahan bagi telefon pintar ini dijangka akan dibuka didalam masa 24 jam sahaja lagi.

OnePlus 5T akan dibuka untuk tempahan oleh pengedar telefon pintar Directd dan model ini akan hadir dengan jaminan waranti dari Brightstar Malaysia.

OnePlus 5T hadir dengan teknologi skrin yang menjadi ciri wajib pada semua telefon pintar terkini iaitu skrin paparan FullView dengan nisbah skrin 18:9.

OnePlus 5T memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci dengan resolusi 2160 x 1080 yang mana skrin ini lebih lebar dan dengan bezel sisi skrin yang lebih sempit dan turut menyebabkan sensor capjari dipindahkan ke panel belakang.

Selain itu, OnePlus 5T turut hadir dengan teknologi pengecaman wajah yang boleh membuka peranti anda didalam masa 0.4 saat dan turut boleh digunakan dalam keadaan gelap.

Bercakap mengenai kamera utama OnePlus 5T, ianya hadir dengan kamera 16MP ( Sony IMX398) dan 20MP (Sony IMX376K) yang menawarkan pengambilan gambar potrait dengan aperture f/1.7 bagi kedua-dua sensor.

OnePlus 5T turut hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti OnePlus 5 iaitu 3,300mAh dengan pengecasan pantas Dash Charge, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, sehingga 8GB RAM dan sehingga 128GB (UFS 2.1) memori simpanan dalaman.

Harga penjualan OnePlus 5T di Malaysia tidak diumumkan lagi namun ianya dijangka akan berada pada harga sekitar RM 2,388 atau RM 2,488.

Comments

comments