Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia 1

Asus Malaysia secara rasminya telah melancarkan ZenFone Max Plus ke pasaran tempatan dengan harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 899 ( nak tahu macam mana untuk membelinya pada harga RM 699? Baca sehingga akhir perenggan).

Asus ZenFone Max Plus dikenali sebagai Asus Pegasus 4S di pasaran China dan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar Asus pertama dengan skrin papara FullView.

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia 2

Asus ZenFone Max Plus ini memiliki skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+ (720 x 1440).

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk telefon pintar Asus ini, ianya memiliki gelas 2.5D dihadapab dengan panel sisi yang nipis dengan berat sekitar 160gram (152.6 x 72.7 x 8.8mm)

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia 3

Asus ZenFone Max Plus juga hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek MT6750T berkelajuan 1.5GHz, sensor capjari di panel belakang dan konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/32GB.

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia 4

Bercakap mengenai kamera, Asus ZenFone Max Plus akan memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 8MP yang memiliki ciri pemfokusan auto, flash LED dan rakaman video 1080p. Kamera selfie telefon pintar pertama Asus dengan skrin 18:9 adalah 8MP.

Selain itu, Asus ZenFone Max Plus akan turut hadir dengan Android 7.0 Nougat OS, teknologi tri-slot (menyokong dua sim dan satu kad microSD), teknologi face unlock dan bateri berkapasiti 4,130mAh.

Asus ZenFone Max Plus kini di Malaysia 5

Asus ZenFone Max Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 899 namun tempahan akan dibuka pada 14 Disember sehingga 19 Disember dengan setiap pembeli akan menerima baucar tunai Lazada bernilai RM 200.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.