Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 10 akan tiba di Malaysia pada 15 Januari 2018


Selain pelancaran Honor 7x ke pasaran Malaysia, Honor Malaysia turut telah mengumumkan pelancaran siri baru Honor bagi telefon pintar utama mereka iaitu siri Honor View dan telefon pintar pertama didalam siri ini adalah Honor View 10.

Honor View 10 adalah model Honor V10 ( di pasaran China) dan ianya hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor View 10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel), dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB ( pasaran Malaysia akan menerima versi 6GB RAM + 12GB ROM).

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A ( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Honor View 10 akan memasuki pasaran Malaysia pada 15 Januari 2018 namun buat masa ini tiada sebarang maklumat harga diumumkan oleh Honor.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.