Oppo F5 6GB dilancarkan secara rasmi oleh Neelofa

Seperti yang dijanjikan, Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Oppo F5 6GB ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,698 termasuk GST.

Majlis pelancaran Oppo F5 6GB ini juga telah dihadiri oleh artis popular tanah air Neelofa yang juga merupakan antara duta produk Oppo Malaysia.

Oppo F5 ini hadir skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Helio P23, kamera selfie 20MP dengan teknologi AI Beauty, kamera utama 16MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Perbezaan utama Oppo F5 yang baru ini dengan Oppo F5 yang biasa adalah dari segi kapasiti RAM dan ROM dimana model ini akan memiliki 6GB RAM dengan 64GB ROM manakala model Oppo F5 yang biasa hanya memiliki 4GB RAM dan 32GB ROM.

 

Tempahan Oppo F5 kini sudah dibuka di kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia dan juga melalui wakil pengedar sah Oppo diseluruh Malaysia dengan 1000 pembeli pertama akan menerima case ekslusif yang dihasilkan dengan kerjasama Swarovski Malaysia.

Oppo F5 6GB ini akan mula dijual di wakil penjuah sah Oppo diseluruh negara dari 16 Disember ini dan terdapat juga model F5 6GB yang akan ditawarkan didalam warna hitam.

Comments

comments

Share