Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5T edisi Star Wars : The Last Jedi dilancarkan secara rasmi


OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar OnePlus 5T edisi terhad Star Wars.

OnePlus 5T yang merupakan telefon pintar utama syarikat OnePlus telah dilancarkan bulan lalu dan kini versi khas Star Wars : The Last Jedi telah diumumkan.

Star Wars : The Last Jedi adalah filem terbaru didalam siri Star Wars yang akan memasuki pawagam pada 15 Disember ini.

OnePlus 5T Edisi Star Wars ini hadir didalam skema warna yang berlainan dari OnePlus 5T dimana panel belakang edisi ini adalah berwarna putih dengan logo Star Wars berwarna merah.

Panel hadapan OnePlus 5T edisi Star Wars ini adalah berwarna hitam dengan butang notifikasi ditawarkan didalam warna merah.

Selain itu, kami menjangkakan OnePlus 5T ini hadir dengan UI khas Star Wars : The Last Jedi.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat harga diumumkan namun terdapat khabar angin yang mengatakan model ini hanya akan ditawarkan di pasaran India.

Menyentuh sedikit mengenai OnePlus 5T, ianya adalah model susulan bagi OnePlus 5 yang dilancarkan awal tahun ini dan antara perbezaan ketara antara kedua-dua model ini adalah pengunaan skrin FullView dan kamera yang lebih baik. Maklumat penuh spesifikasi OnePlus 5T ini boleh anda ketahui di Sini

Untuk pengetahuan anda, OnePlus 5T masih belum ditawarkan di pasaran Malaysia, namun ianya dijangka akan ditawarkan secara atas talian melalui stor rasmi OnePlus di Shopee Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.