Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Plus akan hadir dengan harga penjualan kurang dari RM 1,000

Minggu lalu kami ada melaporkan bahawa telefon pintar Asus dengan skrin paparan FullView yang dikenali sebagai Asus Pegasus 4S di pasaran China akan memasuki pasaran Malaysia.

Kini nama rasmi telefon pintar ini di pasaran Malaysia telah diketahui dan ianya akan dikenali sebagai Asus ZenFone Max Plus.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Asus Malaysia melalui posting di Facebook yang mana peraduan meneka harga Asus ZenFone Max Plus ini kini sedang berlangsung ( sehingga 6 Disember dan pemenang bertuah akan menerima satu unit Asus ZenFone Max Plus ini).

Asus ZenFone Max Plus ini akan mempunyai harga penjualan kurang dari RM 1,000 dan ini telah disahkan oleh Asus yang menyatakan bahawa harga penjualan telefon pintar ini hanya mempunyai tiga digit.

Asus ZenFone Max Plus ini memiliki skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+ (720 x 1440).

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk telefon pintar Asus ini, ianya memiliki gelas 2.5D dihadapab dengan panel sisi yang nipis dengan berat sekitar 160gram (152.6 x 72.7 x 8.8mm)

Asus ZenFone Max Plus juga hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek MT6750T berkelajuan 1.5GHz, sensor capjari di panel belakang dan dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB.

Bercakap mengenai kamera, Asus ZenFone Max Plus akan memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 8MP yang memiliki ciri pemfokusan auto, flash LED dan rakaman video 1080p. Kamera selfie telefon pintar pertama Asus dengan skrin 18:9 adalah 8MP.

Selain itu, Asus ZenFone Max Plus akan turut hadir dengan Android 7.0 Nougat OS, dwi-SIM dan bateri berkapasiti 4,130mAh.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.