• Home »
  • Huawei »
  • Huawei Mate 10 Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia mulai 8 Disember

Huawei Mate 10 Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia mulai 8 Disember

Selepas membawa masuk Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro ke pasaran Malaysia, Huawei Malaysia kini mengumumkan bahawa Huawei Mate 10 Porsche Design akan mula ditawarkan di pasaran tempatan pada 8 Disember 2017.

Huawei Mate 10 Porsche Design adalah model telefon pintar Mate 10 Pro yang diberikan rawatan eksklusif oleh Porsche Design.

Huawei Mate 10 Porsche Design akan hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang seaakan akan seramik, UI khas Porsche Design dan memori simpanan dalaman 256GB selain logo PD di bahagian belakang.

Baca 6 Ciri Menarik pada Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Porsche Design akan hadir didalam kotak eksklusif berwarna hitam yang mengandungi adapter USB-C kepada 3.5mm, perkakas kulit yang direka khas dan semua aksesori tambahan didalam warna hitam.

Huawei Mate 10 Porsche Design akan ditawarkan pada harga penjualan RM 6,99 dan pembelian boleh dilakukan mulai 8 Disember ini di stor rasmi Huawei dan wakil pengedar sah.

 

Comments

comments

Share