• Home »
  • Honor »
  • Honor V10 dengan skrin Fullview dan pemproses Kirin 970 dilancarkan secara rasmi

Honor V10 dengan skrin Fullview dan pemproses Kirin 970 dilancarkan secara rasmi

Huawei secara rasminya telah melancarkan Honor V10 yang hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor V10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel), dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB.

Bercakap mengenai kamera, Honor V10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei V10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A ( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Honor V10 hadir dengan harga penjualan CNY 2,700 (RM 1,670) bagi versi 4GB/64GB, CNY 3,000 (RM 1,855) bagi versi 6GB/64GB dan CNY 3,500 (RM 2,164) bagi versi 6GB/128GB.

 

Comments

comments

Share