• Home »
  • Oppo »
  • Oppo F5 Youth akan mula ditawarkan di Malaysia 2 Disember ini

Oppo F5 Youth akan mula ditawarkan di Malaysia 2 Disember ini

Oppo F5 Youth yang dilancarkan beberapa hari lalu kini telah disahkan akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 2 Disember ini dengan harga penjualan RM 1,098 iaitu lebih awal berbanding Oppo F5 6GB yang akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember.

Oppo F5 Youth adalah versi Oppo F5 yang lebih murah dimana perbezaanya adalah dari segi kamera dan RAM sahaja.

Oppo F5 Youth ini masih mengekalkan pengunaan skrin paparan fullview FHD+ berukuran 6.0-inci.

Selain itu, Oppo F5 Youth ini hadir dengan pemproses MediaTek Helio P23 yang sama pada F5 namun dengan 3GB RAM selain 32GB ROM.

Perbezaan terbesar antara Oppo F5 dan F5 Youth adalah dari segi kamera dimana Oppo F5 Youth hanya memiliki kamera utama 13MP dengan f/2.2 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan f/2.0 dan flash skrin.

Oppo F5 Youth juga mempunyai slot microSD, ColorOS 3.2 berasaskan Android Nougat, bateri berkapasiti 3,200mAh, sensor capjari dan teknologi Face Unlock.

Oppo F5 Youth akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 1,098.

Comments

comments

Share