Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Pegasus 4S dengan skrin paparan Fullview akan memasuki Malaysia bulan hadapan

Asus Pegasus 4S dengan skrin paparan Fullview akan memasuki Malaysia bulan hadapan 1

Asus Malaysia telah memberikan kami pengesahan bahawa syarikat ini akan melancarkan satu model baru yang akan hadir dengan skrin paparan Fullview pada penghujung bulan Disember.

Telefon pintar ini adalah model Asus Pegasus 4S yang diperkenalkan ke pasaran China pada awal bulan ini namun model ini mungkin akan mempunyai nama lain untuk pasaran Malaysia.

Asus Pegasus 4S ini memiliki skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+ (720 x 1440).

Asus Pegasus 4S dengan skrin paparan Fullview akan memasuki Malaysia bulan hadapan 2

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk telefon pintar Asus ini, ianya memiliki gelas 2.5D dihadapab dengan panel sisi yang nipis dengan berat sekitar 160gram (152.6 x 72.7 x 8.8mm)

Asus Pegasus 4S juga hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek MT6750T berkelajuan 1.5GHz, sensor capjari di panel belakang dan dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB.

Asus Pegasus 4S dengan skrin paparan Fullview akan memasuki Malaysia bulan hadapan 3

Bercakap mengenai kamera, Asus Pegasus 4S akan memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 8MP yang memiliki ciri pemfokusan auto, flash LED dan rakaman video 1080p. Kamera selfie telefon pintar pertama Asus dengan skrin 18:9 adalah 8MP.

Selain itu, Asus Pegasus 4S akan turut hadir dengan Android 7.0 Nougat OS, dwi-SIM dan bateri berkapasiti 4,030mAh.

Asus Pegasus 4S ini dijangka akan mempunyai harga penjualan yang amat kompetitif iaitu sekitar RM 1,299 – RM 1,499.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.