Kemaskini Android Oreo Bagi Nokia 8 Mula Ditawarkan

HMD Global secara rasminya telah mengesahkan bahawa kemaskini Android Oreo bagi Nokia 8 kini sudah mula ditawarkan kepada pengguna di beberapa pasaran Asia Pasifik termasuk Malaysia.

Nokia 8 telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada bulan September dengan harga penjualan RM 2,299 dan selepas hampir tiga bulan di pasaran , pengguna Nokia 8 akan menerima kemaskini Android Oreo.

Bercakap mengenai spesifikasi, Nokia 8 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,090mAh.

Selain itu, Nokia 8 juga memiliki teknologi dwi-kamera dengan dua unit kamera 13MP (satu lensa biasa dan satu lensa monokrom) yang dibekalkan oleh Zeiss dan turut menyokong rakaman video 4K dengan audio OZO. kamera selfie Nokia 8 juga adalah 13MP.

Nokia 8 juga hadir dengan satu fungsi menarik yang membolehkan anda membuat pengstriman video secara langsung ke Facebook menggunakan dua kamera secara serentak dan ciri ini dikenali sebagai ‘Dual-Sight’.

Notifikasi bagi kemaskini Android Oreo ini akan dihantar secara automatik kepada peranti anda namun jika anda tidak sabar untuk menerima kemaskini ini, anda boleh menyemak di bahagian tetapan.

Selepas Nokia 8, HMD Global juga akan mula menawarkan kemaskini Android Oreo ini bagi peranti Nokia yang lain.

Comments

comments

Share