Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kes skrin iPhone X pecah yang pertama di Malaysia dilaporkan

Apple iPhone X , telefon pintar Apple yang paling mahal telah mula ditawarkan di Malaysia sejak semalam dan nampaknya kes skrin pecah telahpun berlaku.

Seorang ahli didalam kumpulan Apple User Malaysia telah memuat turun gambar iPhone X beliau yang mengalami keretakan pada skrin hadapan.

Beliau memuat turun gambar iPhone X ini untuk mengetahui samada beliau boleh memperoleh waranti ke atas skrin yang pecah ini.

Walaupun dakwaan Apple bahawa iPhone X hadir dengan gelas paling kukuh digunakan pada telefon pintar, panel gelas hadapan dan belakang iPhone tahun ini dilihat masih mempunyai kekuranganya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan gambar ini kita dapat melihat bahawa iPhone X milik pengguna ini tidak mempunyai sebarang gelas perlindungan dan namun punca ianya pecah masih tidak diketahui.

Pada pelaburan yang melebihi RM 5,000 , kami menasihatkan anda menggunakan segala jenis perlindungan bagi Apple iPhone X anda yang baru sebelum terlambat.

Mengikut polisi Apple, skrin yang pecah tidak akan digantikkan dengan unit yang baru kecuali pembeli tersebut ada membeli pelan perlindungan tambahan.

Anda juga boleh menyemak perkakas perlindungan yang terbaik bagi iPhone X yang ditawarkan oleh OtterBox ataupun Lifeproof.

 

 

Comments

comments