Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Pro kini lebih murah di Malaysia

Honor 8 Pro kini lebih murah di Malaysia 1

Telefon pintar terbaik Honor di Malaysia iaitu Honor 8 Pro kini menerima pengurangan harga walaupun harga penjualan RM 1,999 dilihat sudah menawarkan nilai pembelian yang sangat berbaloi.

Honor 8 Pro yang dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai yang lalu kini akan ditawarkan pada harga RM 1,799 iaitu RM 200 lebih murah berbanding harga asal.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Kirin 960 , 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Honor 8 Pro kini lebih murah di Malaysia 2

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP dimana satu unit kamera adalah sensor monokrom manakala satu sensor lagi adalah sensor RGB ( tanpa pensijilan Leica), sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Bagi anda yang was-was mengenai Honor 8 Pro ini, telefon pintar ini telah mendapat anugerah telefon pintar terbaik 2017 oleh EISA dan akan turut menerima kemaskini Android Oreo tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.