Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelanggan lama UniFi terima tawaran naik taraf pelan dengan bayaran RM 10 sebulan

Anda mungkin pernah terlihat promosi TM bagi pelanggan baru UniFi yang mana pelan UniFi Lite 10Mbps ditawarkan pada harga RM 129 sebulan manakala UniFi 30Mbps pula ditawarkan pada harga RM 139 sebulan dengan penjimatan sehingga RM 60.

Perkara ini sudah pastinya membuatkan pelanggan sediada UniFi terkilan dan bagi menebus masalah ini, TM dilihat mula menghantar SMS kepada pelanggan sediada UniFi bagi menawarkan peningkatan pelan dan HyypTV Jumbo Pack ( bernilai RM 720) dengan bayaran tambahan bulanan sebanyak RM 10 sahaja.

Ini bermaksud jika anda melanggani pelan UniFi Lite dengan kelajuan 10Mbps, anda boleh menaiktaraf ke pelan UniFi Advance dengan kelajuan 130Mbps pada bayaran tambahan bulanan RM 10 sahaja atau RM 139 sebulan.

Jika anda melanggan pelan UniFi Advance, and boleh beralih kepada pelan UniFi Advance Plus 50Mbps dengan tambahan yang sama.

Walaubagaimanpun, seperti anda melanggan pelan UniFi yang baru, anda akan terikat kepada kontrak selama dua tahun selepas menaik taraf pelan UniFi anda.

Jika anda berminat untuk menaiktaraf pelan UniFi anda, anda boleh menghubungi pusat khimat pelanggan dengan mendail 100 atau mengunjungi TM point yang terdekat.

TM tidak memaklumkan samada promosi ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan sediada UniFi namun kami yakin bahawa ianya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang telah tamat kontraknya.

Promosi ini mungkin ditawarkan sehingga penghujung tahun ini dan jika anda berminat, adalah lebih baik jika anda melakukanya dengan segera.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.