Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5T dilancarkan secara rasmi tanpa kenaikan harga

OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus 5T yang mana ianya merupaka versi OnePlus 5 dengan teknologi yang lebih terkini untuk membolehkan telefon pintar ini bersaing di pasaran Android pada musim cuti yang akan datang dan sehingga awal tahun 2018.

Untuk itu, OnePlus 5T hadir dengan teknologi skrin yang menjadi ciri wajib pada semua telefon pintar iaitu skrin paparan FullView dengan nisbah skrin 18:9.

OnePlus 5T memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci dengan resolusi 2160 x 1080. Skrin lebih lebar telah menghasilkan bezel sisi skrin yang lebih sempit dan turut menyebabknan sensor capjari dipindahkan ke panel belakang.

Selain itu, OnePlus 5T turut hadir dengan teknologi pengecaman wajah yang boleh membuka peranti anda didalam masa 0.4 saat dan turut boleh digunakan dalam keadaan gelap.

Bercakap mengenai kamera utama OnePlus 5T, ianya hadir dengan kamera 16MP ( Sony IMX398) dan 20MP (Sony IMX376K) yang menawarkan pengambilan gambar potrait dengan aperture f/1.7 bagi kedua-dua sensor.

OnePlus 5T turut hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti OnePlus 5 iaitu 3,300mAh dengan pengecasan pantas Dash Charge, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, sehingga 8GB RAM dan sehingga 128GB (UFS 2.1) memori simpanan dalaman.

OnePlus 5T akan mula ditawarkan di pasaran pada 21 November iaitu didalam dua versi seperti berikut :

OnePlus 5T 6GB/64GB : $499
OnePlus 5T 8GB/128GB : $560

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila OnePlus 5T akan ditawarkan di Malaysia namun jika ianya kekal pada harga seperti OnePlus 5.

 OnePlus 5T dijangka akan hadir dengan harga penjualan RM 2,388 atau RM 2,688 bagi versi 8GB/128GB dan akan ditawarkan di Shopee Malaysia.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.