Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelayar Web Firefox Quantum dilancarkan untuk Android dan iOS

Pelayar Web Firefox Quantum dilancarkan untuk Android dan iOS 1

Pelayar web Firefox yang baru daripada Mozilla telah dilancarkan secara rasmi dan ianya didakwa dua kali lebih pantas berbanding Firefox kira-kira 6 bulan lalu.

Dikenali sebagai Firefox Quantum, pelayar web ini kini ditawarkan bagi Platform Android, iOS, Windows, Mac dan juga Linux.

Firefox Quantum adalah lebih pantas berbanding mana-mana versi Firefox yang dilancarkan sebelum ini dan terdapat juga penambahbaikan dari segi kosmetik.

Firefox Quantum hadir dengan UI yang baru iaitu Photon dan Mozilla berkata ianya amat pantas dan lancar kerana pengunaan enjin yang baru.

Walaupun Firefox Quantum didakwa pantas, Mozilla berkata penambahbaikan pelayar web ini masih belum selesai dengan beberapa ciri baru akan diperkenalkan didalam masa terdekat.

anda boleh memuaturun Firefox Quantum  secara percuma dipautan dibawah.

Firefox Quantum iOS

Firefox Quantum Android

 

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.