Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan akan melancarkan tiga model iPhone dengan reka bentuk seperti iPhone X

Dengan pelancaran Apple iPhone X, portfolio Apple iPhone 2017 telah selesai dan kini sudah mula kedengaran khabar angin bagi Apple iPhone 2018.

Seperti biasa, Ming Chi Kuo dari KGI Securities adalah antara yang terawal untuk mengeluarkan maklumat awal mengenai model-model iPhone yang akan dilancarkan dimasa hadapan.

Kuo berkata Apple iPhone 2018 akan hadir didalam tiga model dan ketiga-tiga model ini akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti pada Apple iPhone X.

Ini membawa maksud bahawa ketiga-tiga model iPhone 2018 akan memiliki teknologi kamera TrueDepth yang mana turut membawa maksud pengunaan butang ‘Home’ yang dilengkapi sensor capjari TouchID tidak lagi akan digunakan pada iPhone.

Dua daripada model iPhone 2018 akan memiliki skrin paparan OLED iaitu berukuran 5.8-inci dan berukuran 6.5-inci dengan kepadatan piksel melebihi 500ppi bagi mereka meminati skrin yang lebih besar.

Model ketiga iPhone 2018 adalah model paling murah dan ianya akan hadir dengan skrin paparan 6.1-inci namun dengan teknologi skrin LCD yang memiliki resolusi yang lebih rendah dengan harga penjualan $649-749.

Walaupun laporan daripada Kuo boleh dipercayai, adalah masih terlalu awal untuk kita mengesahkan perkara-perkara ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.