Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Oppo F5 adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding Oppo F1s

Tempahan Oppo F5 adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding Oppo F1s 1

Oppo F5 yang dilancarkan awal bulan ini pada harga penjualan RM 1,298 dilihat mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa tempahan bagi Oppo F5 yang merupakan telefon pintar pertama Oppo dengan skrin paparan FullVeiw adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding tempahan Oppo F1s.

Tempahan Oppo F5 adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding Oppo F1s 2

Antara penyumbang bagi kejayaan Oppo F5 ini sudah pastinya seorang pembeli yang membeli secara pukal iaitu sebanyak 30 unit Oppo F5 dengan bayaran RM 38,940. Tujuan beliau membeli Oppo F5 adalah untuk menghadiahkan kepada pekerja disyarikat beliau.

ercakap mengenai Oppo F5 ini, ianya adalah telefon pintar pertama Oppo dengan skrin paparan 18:9 iaitu bersaiz 6.0-inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel (FHD+).

Oppo F5 juga memiliki pemproses Helio P23 daripada MediaTek, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/32 atau 6GB/64GB, bateri berkapasiti 3,200mAh dan ColorOS 3.2 yang berasaskan Android 7.1 Nougat.

Tempahan Oppo F5 adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding Oppo F1s 3

Bercakap mengenai kamera, Oppo F5 mempunyai kamera belakang 16MP f/1.8 yang turut dilengkapi dengan flash LED manakala kamera selfie Oppo F5 adalah unit 20MP f/2.0 dengan sensor 1/2.8 yang turut memiliki perisian kecantikan AI Beauty ( turut menyokong pengambilan gambar potrait).

Selain itu, Oppo F5 turut memiliki sensor capjari dibahagian belakang, slot dwi-sim + microSD dan Bluetooth 4.2.

Oppo F5 kini ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 1,298.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.