Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5T akan hadir dengan harga yang amat kompetitif

OnePlus 5T akan hadir dengan harga yang amat kompetitif 1

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa OnePlus 5T akan dilancarkan secara rasmi pada 16 November ini dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama OnePlus dengan skrin paparan fullview 18:9.

Tahun 2017 telah menyaksikan harga telefon pintar naik mendadak dengan harga penjualan mencecah hampir RM 6,000 iaitu sebagai Apple iPhone X ditawarkan pada harga RM 5,899 di Malaysia dan tidak kurang juga Samsung yang menawarkan Samsung Galaxy Note 8 pada harga RM 3,999.

Menyedari perkara ini, OnePlus sedar bahawa pengguna terbeban dengan kenaikan harga ini dan ketua pegawai eksekutif OnePlus , Pete Lau telah memberikan jaminan bahawa harga OnePlus 5T yang baru ini akan menggembirakan bakal pembeli.

Kenaikan harga komponen telefon pintar adalah salah satu faktor kenaikan harga namun OnePlus dilihat akan cuba untuk menawarkan OnePlus 5T pada harga yang berpatutan.

Terdahulu, satu sumber mengatakan bahawa harga OnePlus 5T akan sama seperti OnePlus 5 iaitu €500 bagi versi 64GB dan €560 bagi versi 128GB ( versi 64GB ditawarkan pada harga RM 2,388 di Malaysia).

Pengesahan ini sudah pastinya disambut baik kerana rekod OnePlus menunjukkan bahawa harga telefon pintar OnePlus meningkat dengan pelancaran model baru.

Bercakap mengenai OnePlus 5T, ianya akan hadir dengan skrin paparab 18:9, dwi-kamera yang lebih baik dan teknologi pengecasan ‘dash-charge’ yang didakwa lebih baik berbanding pengecasan Qualcomm Quick Charge.

Bagi pasaran Malaysia, OnePlus 5T mungkin tiba lebih awal ke pasaran kerana OnePlus kini mempunyai stor atas talian rasmi di Shopee Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.