• Home »
  • Huawei »
  • ULASAN : Huawei Nova 2i – teknologi dwi-kamera dan skrin Fullview kini untuk semua

ULASAN : Huawei Nova 2i – teknologi dwi-kamera dan skrin Fullview kini untuk semua

Pendahuluan

Teknologi skrin paparan Fullview boleh dikategorikan sebagai ciri yang mesti ada bagi telefon pintar premium.

Teknologi ini membolehkan pengeluar telefon pintar menawarkan pengguna nisbah skrin 18:9 dan pada masa yang sama dengan bezel sisi skrin yang sangat nipis.

Walaupun dilihat sebagai antara ciri premium, tindakan Huawei mengeluarkan Nova 2i dengan skrin paparan Fullview harus dipuji kerana ianya adalah model yang mempunyai harga penjualan RM 1,299.

Berikut adalah ulasan Huawei Nova 2i.

Reka Bentuk

Huawei Nova 2i hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium yang mana telefon pintar lebih tinggi untuk menempatkan skrin paparan fullview yang lebih besar.

Huawei mengadaptasikan reka bentuk aluminium walaupun pada titik harga Nova 2i dan dengan sisi yang nipis, anda kini menerima telefon pintar dengan skrin paparan 5.9-inci pada rangka telefon pintar bersaiz 5.5-inci.

Pengunaan sebelah tangan Nova 2i dijangka tidak menjadi masalah bagi kebanyakkan pengguna di Malaysia.

Skrin paparan FullHD+ yang ditawarkan pada Nova 2i adalah antara skrin telefon pintar kelas mampu milik terbaik di pasaran iaitu dengan resolusi 1080 x 2160.

Prestasi Dalaman

Seperti kebanyakkan telefon pintar Huawei , Nova 2i hadir dengan pemproses 8 teras Kirin 659 keluaran Huawei yang menawarkan prestasi peranti jauh lebih baik berbanding pencabar terdekat selain pengunaan 4GB RAM juga membuktikan anda menerima nilai belian yang sangat baik pada telefon pintar ini.

Huawei Nova 2i juga memiliki memori simpanan dalaman 64GB yang mana ianya juga sesuatu yang jarang ditawarkan pada jangka harga telefon pintar ini.

Pretasi Nova 2i boleh dikatakan berada ditahap memuaskan dengan GPU Mali T-830 menjanjikan permainan video dengan prestasi yang sederhana.

Kamera

Nova 2i dengan bangganya menjadi mendapat gelaran sebagai telefon pintar pertama Huawei untuk memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian hadapan dan belakang.

Walaupun tiada kerjasama Leica ( secara rasmi) pada Huawei Nova 2i, kamera hadapan dan belakang Nova 2i masih boleh dikatakan sebagai peranti yang mampu memenuhi keperluan penggambaran seseorang.

Pada bahagian belakang, Nova 2i memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan kamera 2MP yang mempunyai tanggungjawab menawarkan maklumat lebih mendalam pada gambar selain pengunaan untuk pengambilan gambar potrait.

Kamera hadapan Nova 2i tidak kurang hebatnya, walaupun hadir dengan kombinasi dwi-kamera 13MP + 2MP , kamera ini boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik dengan penawaran gambar bokeh dan selfie yang baik dan terdapat juga lampu Flash LED.

Prestasi kamera selfie Nova 2i adalah baik pada keadaan cahaya yang baik dengan prestasi sedikit menurun apabila cahaya tidak menyebelahi sensor kamera ini.

Nova 2i juga hadir dengan fungsi yang membolehkan anda menukar fokus gambar selepas gambar diambil dan ciri sudah pastinya amat berguna ketika mengambil detik-detik istimewa yang berlaku dengan pantas.

Bateri

Huawei Nova 2i hadir dengan bateri berkapasiti 3,340mAh yang mana ianya mampu dicaj penuh didalam masa 150 minit dan kekecewaan utama pada komponen ini adalah ketiadaan sebarang jenis sokongan pengecasan pantas dan pengunaan slot micro USB yang boleh dikatakan sedikit ketinggalan zaman.

Apa pun dengan bateri ini, Huawei Nova 2i mampu menjadi teman anda sepanjang hari tanpa sebarang keperluaan untuk pengecasan semula namun ianya masih bergantung kepada cara pengunaan yang sudah pastinya berbeza antara individu.

Penutup

Secara ringkasnya, Huawei Nova 2i adalah telefon pintar yang menawarkan pengguna nilai pembelian yang amat berbaloi.

Dengan harga penjualan RM 1,299 kami pasti bahawa tidak banyak syarikat pengeluar telefon pintar diluar sana yang mampu menawarkan spesifkasi seperti pada Huawei Nova 2i pada harga yang sama.

Walaubagaimanapun, masih ada ruang untuk Huawei memperbaiki Nova 2i ini khususnya dari segi prestasi kamera ketika keadaan cahaya yang tidak baik namun ianya boleh dilakukan hanya dengan kemaskini perisian kamera yang amat mudah.

Huawei Nova 2i kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 dan ianya hadir didalam dua warna iaitu hitam dan emas namun warna biru Nova 2i akan mula ditawarkan 11 November ini didalam kuantiti terhad.

Berikut adalah gambar yang diambil melalui kamera belakang dan hadapan Huawei Nova 2i

 

Comments

comments

Share