Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Telekomunikasi Tempatan Ditahan Di Dubai Kerana Memiliki Dadah

Ketua pegawai eksekutif salah satu syarikat telekomunikasi tempatan telah ditahan di lapangan antarabangsa Dubai kerana memiliki dadah pada bulan September yang lalu.

Stesen television tempatan milik Media Prima iaitu TV3 telah melaporkan bahawa lelaki berusia 40-an ini telah dihantar semula ke negara asal beliau pada hari Selasa yang lalu selepas menjalani hukuman penjara di Emiriah Arab Bersatu.

Ketua pegawai eksekutif syarikat telko tempatan ini telah ditahan selepas mendarat di Dubai pada 18 September yang lalu dengan dadah jenis kokain yang disembunyikan pada beg bagasi beliau.

Beliau yang tiba dari Amsterdam, Belanda telah ditahan dipusat tahanan lapangan terbang untuk siasatan sebelum menjalani hukuman penjara.

Buat masa ini, indentiti lelaki yang didakwa sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan ini masih menjadi misteri namun NST melaporkan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar esok.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.