Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2018

Samsung Galaxy S9 dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2018 1

Telefon pintar utama Samsung bagi tahun awal tahun hadapan iaitu Galaxy S9 dilaporkan akan dilancarkan seawal bulan Januari dengan penjualan rasmi bermula pada bulan Februari.

Pemberi maklumat yang boleh dipercayai iaitu @IceUniverse telah mendedahkan di Weibo bahawa proses pengilangan komersial Samsung Galaxy S9 akan bermula pada bulan Disember bagi memenuhi permintaan disebabkan pelancaran yang lebih awal.

Samsung Galaxy S9 dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2018 2

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S8 dan dan Galaxy S8+ dilancarkan pada bulan Mac tahun ini sebelum memasuki pasaran pada bulan April.

Sejurus selepas produksi Samsung Galaxy S9 bermula, Samsung dijangka akan menempah kesemua pengeluaran pemproses Snapdragon 845 yang akan digunakan pada Galaxy S9 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan pasaran lain akan menerima pemproses Exynos 9810.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dijangka akan mengekalkan saiz skrin yang sama namun akan menawarkan teknologi dwi-kamera yang sama seperti yang digunakan pada Samsung Galaxy Note8

Sumber

*gambar yang digunakan adalah gambar model konsep Samsung Galaxy S9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.