Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perodua Myvi 2018 akan dibuka untuk tempahan mulai esok – harga dari RM 44K

Perodua secara rasminya telah mengesahkan bahawa kereta paling popular mereka yang terbaru iaitu Perodua Myvi 2018 akan mula dibuka untuk tempahan pada 9 November ini dengan harga penjualan bermula serendah RM 44,000 sehingga RM 55,000.

Perodua Myvi 2018 ini hadir didalam dua kapasiti enjin iaitu 1.3 dan 1.5 selain beberapa ciri baru yang sudah pastinya akan mendapat perhatian pengguna di Malaysia ( kedua-dua enjin dengan status EEV).

Perodua Myvi 2018 ini akan hadir dengan reka bentuk yang baru dengan teknologi seperti 6-airbag, ABS, EBD, Electronic stability control (VSC), Traction control (TRC), Emergency Stop Signal (ESS) dan jaminan waranti selama 5 tahun ( 150,000km).

Harga Perodua Myvi 2018 mengikut varian adalah seperti berikut ( tanpa insurans).

Perodua Myvi 1.3 Standard G RM44,300 (MT)/ RM46,300 (AT)

Perodua Myvi 1.3 Premium X RM48,300 (AT)

Perodua Myvi 1.5 High RM51,800 (AT)

Perodua Myvi 1.5 Advance RM55,300 (AT)

Bagi anda yang berminat untuk melihat Perodua Myvi 2018 ini , anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow yang akan diadakan di MAEPS Serdang mulai 9 November sehingga 12 November ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.