Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 10 Pro akan dibuka untuk tempahan 16 November ini

Susulan kejayaan Huawei Mate 10 di pasaran Malaysia yang menyaksikan ribuan bakal pembeli beratur seawal jam 3 pagi untuk menjadi antara pemilik terawal Huawei Mate 10 in.

Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Huawei Mate 10 Pro akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 November ini dengan tempahan awal akan dibuka dari 16 sehingga 19 Oktober.

Huawei Mate 10 Pro hadir dengan harga penjualan RM 3,099 dan bagi anda melakukan tempahan, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM 999.

Antara hadiah percuma yang akan anda terima adalah penimbang berat Huawei, jam Huawei Band A2 dan kad VIP Huawei yang menawarkan 3 bulan penggantian satu kepada satu untuk keretakan skrin, satu tahun waranti Dan perlindungan waranti dengan pengambilan dan penghantaran peranti ke rumah.

Bagi anda yang ingin mengetahu spesifikasi Huawei Mate 10 Pro ini anda boleh baca di Sini

Tempahan Huawei Mate boleh dilakukan di vmall ataupun di 3ex

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.