Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i Warna Biru Aurora Edisi Terhad Mula Ditawarkan 11 November ini

Huawei Nova 2i adalah telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan 4 kamera selain skrin paparan FullView yang menjadi trend di pasaran.

Huawei Nova 2i ditawarkan di pasaran Malaysia sejak beberapa minggu lalu dengan harga penjualan RM 1,299.

Jika sebelum ini, Huawei Nova 2i hanya ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas, telefon pintar ini akan ditawarkan didalam warna biru aurora mulai 11 November ini namun harus diingat warna ini adalah edisi terhad dan hanya sementara stok masih ada.

Antara sebab utama anda harus mempertimbangkan Huawei Nova 2i adalah kerana ianya dengan mudah mengatasi pencabar terdekat didalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.

Bagi anda yang berminat memiliki Huawei Nova 2i ini, anda boleh boleh memilikinya dengan melakukan pembelian di vmall.my pada 11 November ini yang mana pada hari yang sama juga akan terdapat penjualan besar-besar dengan jumlah diskaun mencecah RM 4.5 Juta akan ditawarkan kepada pembeli di vmall.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.