Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone X akan tiba di Malaysia 24 November ini

Apple iPhone X yang telah mula ditawarkan di pasaran sejak 3 November yang lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 November ini.

Apple telah memberikan pengesahan bahawa mulai 24 November ini, Apple iPhone X akan ditawarkan di Malaysia, Thailand, Albania,Bosnia, Kemboja, Kosovo, Macau, Macedonia, Montenegro, Serbia, Korea Selatan dan Turki.

Bagi pasaran Malaysia, Apple iPhone X akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam dengan harga penjualan RM 5,149 bagi versi 64GB dan RM 5,899 bagi versi 256GB.

Pengumuman Apple iPhone X memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu sahaja lagi sudah pastinya disambut baik oleh peminat Apple di sini.

Dengan harga penjualan mencecah RM 5,149, sudah pastinya ramai ingin memiliki Apple iPhone X melalui pelan pembayaran ansuran yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.

Tempahan melalui syarikat telekomunikasi mungkin dibuka 7 hari lebih awal iaitu pada 21 November 2017.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.