Motorola Moto X4 Turut Dilancarkan Di Malaysia

Selain Moto G5s Plus, Motorola Malaysia telah turut memperkenalkan Moto X4 yang hadir dengan reka bentuk premium selain teknologi dwi-kamera yang lebih baik.

Moto X4 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium yang hadir dengan skrin paparan 1080p LTPS IPS berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 630, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Moto X4 ini juga memiliki kamera belakang dwi-kamera iaitu unit kamera Dual Autofocus Pixel 12MP dan satu lagi kamera lensa lebar 8MP. Moto X4 juga memiliki kamera selfie 16MP yang turut memiliki flash led.

Selain itu, Moto X4 juga memiliki sokongan pengecasan pantas TurboPower, Android 7.1.1 Nougat, slot microSD, pensijilan kalis air dan habuk IP68, Bluetooth 5.0 ( membolehkan sambungan sehingga 5 peranti pada satu masa), dwi-SIM dan USB-C.


Moto X4 ini kini ditawarkan di pasaran Malaysia melalui wakil pengedar sah dan juga di Lazada Malaysia pada harga RM 1,899.

Moto X4 hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru yang sangat menawan.

Comments

comments

Share