Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U Ultra kini ditawarkan pada harga RM 1,999 sahaja

Telefon pintar pertama HTC dengan skrin paparan 18:9 iaitu HTC U11+ telah dilancarkan minggu lalu dan telah juga disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember.

Selang beberapa hari selepas pelancaran, HTC Malaysia kini telah mengumumkan penawaran HTC U Ultra pada harga baru dan pembeli juga akan menerima satu unit kamera HTC RE secara percuma.

Harga penjualan baru HTC U Ultra ini adalah RM 1,999 dan ianya adalah RM 1,000 lebih murah berbanding harga penjualan rasmi ketika pelancaran di Malaysia.

Bercakap mengenai spesifikasi HTC U Ultra ini, ianya hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci + skrin paparan kecil untuk notifikasi, pemproses Snapdragon 821, 4GB RAM, 64GB ROM dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan Quick Charge 3.0.

Bercakap mengenai kamera, HTC U Ultra ini hadir dengan kamera teknologi UltraPixel 12MP yahg memiliki aperture f/1.8. selain unit kamera selfie 16MP.

Penawaran HTC U Ultra pada harga RM 1,999 dan kamera HTC RE percuma adalah sementara stok masih ada.

Comments

comments