Jutaan Pengguna Menghadapi Masalah Untuk Mengakses WhatsApp

Aplikasi permesejan popular kini dilaporkan menghadapi masalah yang menyebabkan WhatsApp tidak dapat diakses untuk jutaan pengguna aplikasi ini diseluruh dunia.

Laporan awal mengatakan bahawa aplikasi WhatsApp ini telah menghadapi masalah sejak 8 pagi waktu UK atau sekitar jam 4 petang waktu Malaysia.

Laman sesawang DownDetector yang mengesan komen di media sosial berkaitan topik semasa diseluruh dunia melaporkan terdapat ribuan pengguna WhatsApp melaporkan masalah yang sama.

DownDetector melaporkan bahawa 60 peratus pengguna menghadapi masalah perhubungan ke WhatsApp manakala 25 peratus mempunyai masalah untuk menerima mesej.

Pengguna WhatsApp di Malaysia turut terjejas dan ianya melibatkan pengguna di platform Android dan juga iOS.

WhatsApp masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini.

Comments

comments

Share