Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 1

Syarikat yang pakar didalam penawaran komputer peribadi khas untuk permainan video iaitu Razer kini secara rasminya memasuki pasaran telefon pintar dengan nama yang amat mudah iaitu Razer Phone.

Bercakap mengenai reka bentuk Razer Phone ini, ianya memiliki reka bentuk berasaskan aluminium CNC yang mana pada panel hadapan terdapat dua pembesar suara stereo dengan pensijilan DolbyAtmos dan THX.

Seperti DNA syarikat ini, Razer Phone adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang lebih kepada permainan video dan untuk itu ianya menjadi telefon pintar pertama untuk hadir dengan skrin paparan 120GHz.

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 2

Skrin ini adalah 5.7″ QHD IGZO LCD yang dikatakan antara yang terbaik di pasaran dan hanya boleh disaingi oleh peranti Apple iPad Pro. Razer juga telah berkerjasama dengan Qualcomm untuk membangunkan teknologi UltraMotion yang menjanjikan tiada sebarang ‘lag’ sambil menjanjikan jangka hayat bateri yang baik.

Seperti telefon pintar utama di Android, Razer Phone turut menggunakan pemproses terbaik daripada Qualcomm bagi tahun ini iaitu Snapdragon 835 yang dipadankan dengan 8GB RAM, memori simpanan dalaman 64GB UFS, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 4.0+ ( pengecasan 0 hingga 85% didalam masa 60 minit sahaja).

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 3

Bercakap mengenai kamera, Razer Phone tidak mahu mengecewakan bakal pemilik mereka dibahagian ini dan untuk itu telah melengkapkan telefon pintar ini dengan teknologi dwi-kamera iaitu satu unit 12 MP dengan f/1.75 dan satu lagi unit 13 MP f/2.6 2x zoom tetap. Razer Phone ini juga disertakan dengan lampu flash LED selain kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Razer Phone turut memiliki sensor capjari di bahagian sisi ( seperti siri Sony Xperia), Android 7.1.1 Nougat ( Oreo akan tiba pada suku pertama 2018) dan Nova Launcher Prime Razer Edition.

Razer Phone akan mula ditawarkan pada 17 November dengan harga penjualan $699 (RM 2,955)  dan terdapat juga satu edisi khas dengan logo Razer berwarna hijau dipanel belakang.

sumber

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 4 Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 5 Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.