Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis melancarkan telefon pintar NeXT X1 dengan waranti 24 bulan


Maxis Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kedua mereka iaitu NeXT X1 yang hadir dengan pelan pascabayar Maxis yang tersedia.

Dengan NeXT X1 , Maxis menawarkan pemilik telefon pintar ketenangan fikiran dengan jaminan waranti 1 kepada 1 selama 24-bulan, perlindungan penggantian skrin percuma selama 12-bulan dan dengan bayaran bulanan serendah RM 98.

Bersama-sama peranti, pengguna akan turut menerima plan pascabayar khas Maxis untuk NeXT X1 iaitu 6GB kuota internet bulanan selain 50 minit panggilan percuma dan penambahan kuota internet pada kadar RM4 setiap GB.

Bercakap mengenai spesifikasi telefon pintar ini, ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core, 3GB RAM, 32GB ROM, bateri berkapasiti 3,000mAh, kamera utama 16MP, kamera selfie 8MP, sensor capjari dibelakang dan beroperasi dengan Android 7.1.1 Nougat.

Majlis pelancaran NeXT X1 ini turut dihadiri oleh Scha Alyahya yang dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar NeXT X1.

maklumat lanjut di Maxis Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.