Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MediaPad M3 Lite kini di Malaysia pada harga RM 999

Pasaran tablet mungkin sedikit dilupakan oleh pengeluar telefon pintar namun Huawei masih ingin mencuba nasib didalam pasaran tablet dengan model yang lebih berpatutan dan pada masa yang sama dengan spesifikasi lebih baik.

Tablet Media M3 Lite adalah tawaran terbaru Huawei bagi pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 999.

MediaPad M3 Lite ini mempunyai reka bentuk yang premium dengan berat 310gram dan mempunyai ketebalan 7.5mm.

Bercakap mengenai spesifikasi Huawei MediaPad M3 Lite ini, ianya memiliki skrin paparan IPS 1080p berukuran 8.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 435, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan tidak lupa juga sensor capjari yang turut mempunyai fungsi sebagai butang navigasi maya.

Berikut adalah antara ciri-ciriĀ  menarik yang dimiliki oleh Huawei MediaPad M3 Lite

Pembesar suara Harmon Kardon

Walaupun pada harga yang berpatutan, Huawei MediaPad M3 Lite masih menawarkan kualiti audio yang baik dengan kerjasama Harmon Kardon yang merupakan antara pakar bunyi terbaik dunia dan turut mempunyai kerjasama dengan pengeluar kereta Mercedes Benz.

Dua pembesar suara SWS 3.0 dengan Audio Harman Kardon diletakkan dibahagian atas dan bawah untuk bunyi yang lebih seimbang dan menyeluruh.

Huawei Share

Huawei share faster than bluetooth kerana menggunakan gabungan WiFi dan Bluetooth untuk menghantar fail. Huawei Share hanya boleh digunakan bersama-sama peranti Huawei ataupun peranti Honor sahaja.

Kids Corner

Kids corner yang menawarkan pelbagai aplikasi khas untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun.

Anda juga boleh menetapkan jangka masa anak anda boleh menggunakan tablet ini sebelum dikunci.

Bateri

bateri yang ditawarkan pada Huawei MediaPad M3 Lite adalah berkapasiti 4,800mAh dan ianya mampu menawarkan 9 jam tontonan video 1080p, 40 jam pendengaran musik dan waktu sedia sekitar 600 jam.

Microsoft Office Dimuat dalam tablet

Dengan Huawei MediaPad M3 Lite, melakukan kerja rasmi ketika didalam perjalanan adalah amat mudah dengan penawaran Microsoft Office terbina secara percuma untuk pembeli.

Huawei MediaPad M3 Lite ini kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 didalam dua warna iaitu emas atau kelabu dan pembeli juga akan menerima satu cover kulit secara percuma.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.