Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor rasmi OnePlus Malaysia kini di buka di Shopee

Brigthstar Malaysia telah mengumumkan bahawa produk OnePlus di Malaysia akan ditawarkan di kedai atas talian rasmi mereka di Shopee.

Dengan kerjasama RedClick Online, Brightstar telah mengumumkan pembukaan kedai atas talian rasmi Shopee yang menawarkan produk-produk OnePlus dengan jaminan waranti selama 12 bulan.

Ketika ini, kedai atas talian OnePlus di Shopee Malaysia menawarkan dua model OnePlus iaitu OnePlus 3T dan OnePlus 5 dengan harga penjualan bermula dari RM 1,599.

Sempena pembukaan kedai atas talian rasmi ini juga, OnePlus menawarkan diskaun 10% bagi aksesori telefon pintar.

Dengan pembukaan rasmi stor atas talian OnePlus ini, kita berharap produk-produk terkini OnePlus akan memasuki pasaran Malaysia dengan lebih awal.
Untuk mengetahui segala tawaran yang kini sedang dibuat di stor OnePlus, anda boleh lihat di SiNi

Comments

comments