Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Studio Kuala Lumpur mula dibuka 27 Oktober ini

Samsung secarar rasminya telah membuka Galaxy Studio Kuala Lumpur yang  membolehkan pengguna dan peminat Samsung menikmati pengalaman menarik menggunakan peranti terbaru Samsung seperti Galaxy Note8, Gear VR dan Gear 360.

Galaxy Studio KL ini akan mula dibuka kepada umum mulai 27 Oktober dan ianya terletak di Jalan Bukit Bintang iaitu dihadapan pintu masuk utama Lot.10.

Galaxy Studio ini adalah yang pertama di Malaysia dan ianya dibuka selepas dibuka dibeberapa tempat ikonik di seluruh dunia seperti Westfiled Parramatta di Sydney, Stockholm Central Station, Dubai Mall dan Excelsior Plaza, Hong Kong.


Galaxy Studio diseluruh dunia ini telah dikunjungi hampir 900,000 orang dan pembukaan di Malaysia sudah pastinya sesuatu yang membanggakan kita.

Galaxy Studio KL ini akan dibuka selama 3 bulan dan sebagai promosi khas, pembeli Samsung Galaxy Note8 di Galaxy Studio ini akan menerima satu unit Gear VR secara percuma ( pembelian pada 27/20 sehingga 29/10 sahaja).

Antara tarikan yang terdapat Galaxy Studio ini adalah permainan VR maya Galatic Attack yang turut mempunyai kerusi 4D, Stesen kecergasan dan beberapa kawasan yang membolehkan anda memahami setiap fungsi Galaxy Note8 dengan lebih menyeluruh.

Selama 3 bulan Galaxy Studio KL dibuka, Samsung akan turut mengadakan promosi dan aktiviti khas untuk pengunjung.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.