Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone X akan dibuka untuk tempahan mulai esok

Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus telah mula dijual di pasaran Malaysia sejak 20 Oktober yang lalu dan secara puratanya kita boleh mengatakan bahawa dua model iPhone ini tidak mendapat sambutan yang menggalakan.

Sudah pastinya Apple iPhone X yang dilancarkan bersama-sama iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang menjadi sebutan mereka dan akhirnya selepas dilancarkan pada 13 September yang lalu, Apple iPhone X akan mula dibuka untuk tempahan sebelum penjualan rasmi dimulakan pada 3 November ini.

Sebab utama kelewatan Apple iPhone X adalah kerana isu yang dihadapi oleh Apple didalam mengeluarkan komponen utama bagi FaceID selain panel OLED yang amat sukar dikeluarkan didalam kuantiti yang besar.

Walaubagaimanapun, 55 Negara seluruh dunia akan boleh menempah Apple iPhone X mulai esok dengan penjualan rasmi di stor akan bermula pada 3 November 2017.

Seperti biasa, bagi kita di Malaysia, Apple iPhone X dijangka akan tiba lebih lewat dan terdapat kemungkinan ianya hanya akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Disember atau Januari 2018.

Bagi anda yang berminat, Apple iPhone X akan mempunyai harga penjualan RM 5,149 iaitu bagi versi 64GB dengan versi 256GB akan ditawarkan pada harga RM 5,899.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.