Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera Huawei Mate 10 mendapat 97 mata didalam ujian kamera DxOMark

Kamera Huawei Mate 10 mendapat 97 mata didalam ujian kamera DxOMark 1

DxOMark satu badan yang menguji kesemua kamera telah memberikan Huawei Mate 10 Pro 97 mata yang meletakkanya ditempat kedua dibelakang Google Pixel 2 yang menerajui tahkta DxOMark ini.

Pada ujian gambar, Huawei Mate 10 Pro menerima purata 100 mata iaitu yang terbaik pernah diberikan iaitu sama seperti Galaxy Note8.

Kamera Huawei Mate 10 mendapat 97 mata didalam ujian kamera DxOMark 2

Pada ujian video pula, Huawei Mate 10 Pro menerima 91 mata dengan komen yang diberikan DxOMark adalah pemfokusan video yang pantas dan tepat selain jumlah ‘ganguan’ yang rendah.

Huawei Mate 10 Pro adalah telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Kirin 970 yang memiliki satu pemproses khas untuk tugas AI yang dikenali sebagai NPU dan NPU ini juga turut digunakan untuk pengambilan gambar.

Huawei Mate 10 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan November 2017 dengan harga penjualan dikatakan sekitar RM 3,199-RM 3,299.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.