Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Tempahan Huawei Mate 10 habis Dijual Didalam Masa 5 Hari

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober yang lalu sebelum Huawei Mate 10 dibuka untuk tempahan di pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 2,699.

Bagi anda yang telah membuat tempahan Huawei Mate 10 ini, anda akan menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM 999 dan hanya kira-kira 5 hari selepas dibuka untuk tempahan, kesemua unit yang ditawarkan untuk tempahan telah habis terjual.

Sebanyak 10,000 unit Huawei Mate 10 telah habis ditempah dan ini membuktikan keyakinan pengguna terhadap telefon pintar terbaru Huawei ini.

Huawei Mate 10 ini akan mula ditawarkan di pasaran tempatan pada 28 Oktober ini dan jika anda masih berminat untuk memiliki telefon pintar ini, anda boleh mendaftarkan minat anda di stor Huawei, wakil penjual sah dan juga syarikat telekomunikasi.

Walaupun berjaya menjual sebanyak 10,000 unit Huawei Mate 10, Huawei sudah pastinya akan optimistik telefon pintar pertama dengan pemproses Kirin 970 ini akan mendapat sambutan menggalakan apabila ianya mula dijual di pasaran Malaysia.

Selain Huawei Mate 10, Huawei Mate 10 Pro dan Huawei Mate 10 Porsche Design akan turut memasuki Malaysia awal bulan hadapan.

Bercakap mengenai harga penjualan di Malaysia, Huawei Mate 10 Pro dilaporkan akan hadir dengan harga penjualan sekitar RM 3,099 – RM 3,299 manakala Huawei Mate 10 Porsche Design pula dijangka akan memiliki harga penjualan RM 6,999.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.