• Home »
  • Sony »
  • Sony Xperia XZ1 Compact kini di Malaysia pada harga RM 2,099

Sony Xperia XZ1 Compact kini di Malaysia pada harga RM 2,099

Pertengahan bulan lalu, Sony Mobile Malaysia telah memperkenalkan dua model telefon pintar terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu Xperia XZ1 dan Xperia X1A Plus.

Kini, Sony telah mengumumkan penawaran model Xperia XZ1 Compact di pasaran tempatan mulai hari ini dengan harga penjualan RM 2,099.

Bercakap mengenai spesifikasi Sony Xperia XZ1 Compact ini, ianya hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model Xperia XZ1 namun dengan skrin dan dan memori simpanan dalaman yang lebih kecil.

Xperia XZ1 Compact ini memiliki skrin paparan 720p HD berukuran 4.7-inci dengan kapasiti memori simpanan dalaman adalah separuh dari yang dimiliki oleh Xperia XZ1 iaitu hanya 32GB ( namun masih ada slot microSD).

Selain itu, Xperia XZ1 Compact juga memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, sensor capjari pada butang kuasa di sisi dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Sony Xperia XZ1 Compact turut memiliki kamera utama 19MP dengan teknologi Motion Eye yang mampu merakam video gerak perlahan pada kadar 960fps namun masih tiada teknologi dwi-kamera. Pada bahagian hadapan pula, Xperia XZ1 memiliki kamera selfie 13MP.

Sony Xperia XZ1 Compact akan hadir dengan Android 8.0 Oreo dan akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu putih perak, hitam, biru dan merah jambu.

Harga penjualan RM 2,099 ini adalah lebih murah berbanding harga Xperia XZ5 Compact yang ditawarkan pada harga RM 2,299 tahun lalu.

Comments

comments

Share