Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peraduan #TakHabisHabisLagi menawarkan 20 unit Asus ZenFone Max untuk dimenangi


Asus Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa peminat setia mereka akan berpeluang menangi satu daripada 20 unit Asus ZenFone Max yang ditawarkan melalui peraduan #TakHabisHabisLagi yang akan bermula mulai esok.

Penyertaan peraduan #TakHabisHabisLagi  ini adalah amat mudah dimana anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah untuk berpeluang memenangi hadiah utama ini.

Langkah pertama yang harus dilakukan oleh anda adalah mengikut laman Facebook dan akaun Instagram Asus Malaysia.

Langkah kedua adalah anda harus menjawab ” Questions of the day” didalam 25 patah perkatan atau kurang ( sudah pastinya jawapan yang kreatif akan memberikan anda lebih peluang untuk menjadi pemenang) pada posting tersebut atau melakuakan posting di akaun Instagram anda.

Langkah ketiga adalah anda mesti meletakkan hashtag #TakHabisHabisLagi #ZenFone4MaxMY.

Dengan melakukan tiga langkah ini, anda sudah mendapat penyertaan untuk menjadi pemenang Asus ZenFone 4 Max ini.

Jika anda tidak memenangi  peraduan ini pada hari pertama esok, anda mungkin boleh mencubanya setiap hari sehingga 12 November 2017 kerana Asus Malaysia akan menawarkan satu unit ZenFone 4 Max setiap hari.

Asus ZenFone 4 Max adalah telefon pintar yang dilancarkan bersama-sama Asus ZenFone 4, ZenFone 4 Pro, ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro pada bulan Ogos yang lalu.

anda boleh membaca laporan penuh majlis pelancaran siri Asus ZenFone 4 untuk mengetahui maklumat penuh telefon pintar ini.

Kami juga telah mengulas kehebatan Asus ZenFone 4 Selfie Pro yang anda boleh baca di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.