Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus mula dijual di Malaysia

Selepas mula dibuka untuk tempahan pada 13 Oktober yang lalu, Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia hari ini.

Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus kini sudah berada di stor wakil penjual sah produk Apple seperti Machines, Switch dan Mac City.

Selain melalui wakil penjual, Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut ditawarkan oleh rakan telko seperti Maxis, Digi, UMobile dan Celcom.

Pelancaran Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus tahun ini adalah kurang meriah dengan sebab utama adalah kerana tindakan Apple yang mengekalkan reka bentuk luaran yang sama sejak pelancaran Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus tiga tahun lalu.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang mungkin menangguhkan pembelian mereka sehingga Apple iPhone X memasuki pasaran Malaysia pada harga yang amat luar biasa.

Bagi anda yang berminat memiliki Apple iPhone 8 atau Apple iPhone 8 Plus, anda boleh mengunjungi mana-mana stor wakil penjual sah produk Apple di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.