• Home »
  • Nokia »
  • Nokia 7 diumumkan secara rasmi dengan reka bentuk berasaskan gelas

Nokia 7 diumumkan secara rasmi dengan reka bentuk berasaskan gelas

Selepas pengenalan Model Nokia 8 beberapa bulan lalu, HMD Global hari ini telah mengumumkan satu lagi telefon pintar baru Nokia iaitu Nokia 7 yang merupakan telefon pintar pertama Nokia dengan reka bentuk berasaskan gelas dibahagian belakang.

Selain itu, Nokia 7 juga mempunyai rangka aluminum menggunakan siri 7000 dengan potongan sisi menggunakan berlian.

Pengunaan gelas sudah pastinya telah memberikan penambahbaikan kosmetik berbanding model Nokia sebelum ini dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan IP54.

Dengan pengunaan Nokia 7, anda pasti sudah tahu bahawa ianya akan diposisikan dibawah Nokia 8 dan telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 630, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dan memori simpanan dalaman iaitu 64GB.

Nokia 7 hadir dengan kamera utama 16MP dengan aperture f/1.8, piksel 1.12um, flash dwi-tona yang dibekalkan oleh Zeiss. kamera selfie Nokia 7 adalah unit 5MP yang memiliki lensa lebar 84-darjah.

Nokia 7 akan turut memiliki fungsi Bothie yang sebelum ini diperkenalkan pada Nokia 8 selain sokongan audio Nokia OZO.

Nokia 7 akan memiliki Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, USB Type-C, slot audio3.5mm, NFC dan LTE cat.6.

Nokia 7 juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, Android 7.1.1 Nougat ( akan menerima Android Oreo) dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 3,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Nokia 7 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan penjualan akan bermula di pasaran China pada 24 Oktober ini.

berikut adalah harga penjualan Nokia 7 mengikut kapasiti :

Nokia 7 4GB RAM + 64GB ROM – CNY 2,499 – RM 1,593
Nokia 7 6GB RAM + 64GB ROM – CNY 2,699 – RM 1,720

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat samaada telefon pintar ini akan ditawarkan dipasaran antarabangsa.

Comments

comments

Share