Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan 1
Selepas menyaksikan hampir 70% telefon pintar yang tahun ini, anda pasti sudah tahu bahawa permintaan pasaran adalah bagi telefon pintar tanpa-bezel.

Walaubagaiman, hanya dengan menawarkan skrin paparan tanpa-bezel mungkin sesuatu yang menawarkan penampilan astetik namun spesifikasi dalaman dan perisian yang hadir bersama peranti tersebut akan menentukan kejayaan dan kegagalan telefon pintar ini.

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan 2

Skrin Paparan FullView yang menakjubkan

Vivo melancarkan V7+ dengan reka bentuk skrin tanpa bezel namun hanya mampu menawarkan skrin HD dengan resolusi 720 x 1440. Tindakan Vivo ini ibarat menggunakan pensil warna pada kain kanvas.

Lain pula ceritanya pada Huawei Nova 2i, yang memiliki skrin paparan HD penuh beresolusi 2160 x 1080 dengan harga penjualan yang lebih rendah berbanding V7+.

Kami juga boleh meletakkan skrin paparan Huawei Nova 2i sebagai skrin telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran.

Dengan pengunaan skrin paparan tanpa bezel, resolusi HD penuh adalah syarat minima untuk menawarkan pengalaman pengunaan skrin tanpa bezel yang optimum.

Pelayaran web, tontonan video , membaca e-buku, permainan video kini lebih nyata membolehkan anda melakukan setiap aktiviti ini seperti anda berada didalam skrin ini.

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan 3

Bersama-sama kecantikan hadir juga personaliti yang kukuh

Selain kekurangan pada skrin, pilihan cip pemprosesan yang dibuat oleh Vivo untuk V7+ boleh dikatakan kurang bijak.

Pengunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 450 mungkin mampu menawarkan prestasi yang memuaskan namun ianya adalah pemproses yang biasanyaa digunakan pada peranti kelas rendah yang ditawarkan dengan pakej harga yang lebih murah.

Ianya adalah pemproses 8-teras namun dengan kelajuan 1.8GHz sahaja dan sebagai perbandingan pemproses Kirin 659 yang menguasakan Nova 2i memiliki 4 teras pada kelajuan 2.36GHz dan 4 lagi teras dengan kelajuan 1.7GHz.

Jika itu tidak cukup untuk membuatkan anda kagum, Nova 2i juga memiliki algoritma yang dikenali sebagai ‘Machine Learning Algorithm’ yang membolehkan prestasi Nova 2i dijamin akan kekal seperti pada pengunaan hari pertama walaupun sudah gunakan selama 18 bulan.

Dengan EMUI 5.1 ( berasaskan Android Nougat) , 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman yang ditawarkan bersama pemproses ini, Nova 2i dilihat sudah bersedia untuk melalui segala tugas yang diberikan dengan eifisen.

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan 4

Satu Langkah di Hadapan Pada Bahagian Kamera

Jika dulu perlumbaan kamera kebiasaanya dinilai dengan resolusi kamera, kini ianya hanya nombor yang tidak membawa sebarang makna yang signifikan.

Vivo V7+ hadir dengan kamera utama 16MP yang mampu menawarkan prestasi kamera yang baik namun apa gunanya jika ianya tidak bersedia untuk digunakan ketika saat-saat istimewa yang hanya berlaku didalam masa yang amat singkat.

Kamera selfie 24MP yang ditawarkan Vivo V7+ mungkin memberikan anda faktor ‘wow’ namun secara realiti ianya boleh ditandingi dengan kamera selfie Nova 2i.

Sekali lagi, syarikat perintis telefon pintar dwi-kamera ini hadir dengan model dwi-kamera mereka pada Nova 2i namun tetapan dwi-lensa ini kini ditawarkan pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Kamera 13MP + 2MP yang dimiliki Nova 2i membahagikan tugas pengambilan gambar bokeh dan potrait kepada kamera 2MP.

Dengan tetapan kamera dwi-lensa ini, anda juga boleh menetapkan semula titik fokus gambar tersebut walaupun selepas mengambil gambar tersebut.

Pengunaan kamera 2MP pada bahagian hadapab dengan tugas yang sama membolehkan gambar potrait ala kamera DSLR dihasilkan.

Dwi-Kamera hadapan HUAWEI Nova 2i menggunakan kuasa lensa yang menggagumkan bersama-sama teknologi terkini untuk penghasilan gambar bokeh, keadaan cahaya yang lebih baik dan gambar potrait lebih teliti dan tepat pada titik fokus.

Huawei Nova 2i dengan mudah mengatasi pesaing terdekat didalam pasaran segmen kelas pertengahan 5

Selain itu, Nova 2i juga memiliki flash selfie yang akan menilai keadaan cahaya persekitaran sebelum menetapkan jumlah kecerahan flash yang diperlukan.

Kecerahan mengikut keadaan persekitaran membolehkan cahaya seperti cahaya matahari dihasilkan dan pencahayaan 120-darjah sudah pastinya memberikan anda gambar selfie dengan cahaya yang lebih menyeluruh.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan beberapa penapis gambar yang menjadi kegemaran pengguna di media sosial seperti Instagram dan Snapchat iaitu sebanyak 18 jenis penapis.

Dengan harga penjualan Vivo V7+ (RM 1,499), Pembelian bijak dan lebih bernilai sudah pastinya Huawei Nova 2i yang hanya memiliki harga RM 1,299.

Pada harga ini anda akan menerima skrin paparan Fullview dengan resolusi HD Penuh, pemproses yang lebih baik, pakej kamera yang lebih sempurna dan beberapa perubahan fungsi yang ditawarkan kepada pengguna

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei Nova 2i ini anda boleh melayari laman sesawang Vmall atau mengikut perkembangan terkini di laman Facebook Huawei Malaysia.

*advetorial dibawakan khas untuk anda oleh Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.