Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Huawei Mate 10 di Malaysia mungkin dibuka minggu ini

Huawei Mate 10 akan dilancarkan secara rasmi hari ini dan dengan pelancaran rasmi hanya tinggal beberapa jam sahaja, terdapat laporan yang mengatakan tempahan Huawei Mate 10 diMalaysia akan dimulakan didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Huawei Honor IOI City Mall telah memuat turun gambar yang mendakwa bahawa tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka pada 19 Oktober ini iaitu hanya tiga hari selepas pengumuman rasmi dan penjualan mungkin bermula pada penghujung bulan ini.

Selain itu, bagi mereka yang menempah Huawei Mate 10, mereka juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 999 ( kad VIP Huawei, Penimbang pintar Huawei dan kotak hadiah ekslusif Huawei yang mengandungi stik selfie, pengecas dalam kereta dan wayar USB).

Walaupun mengeluarkan maklumat promosi dan tarikh tempahan dibuka, masih belum ada sebarang maklumat harga penjualan Huawei Mate 10 ini dikeluarkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.