Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Apple iPhone X di Malaysia telah diumumkan

Jika semalam Apple Malaysia telah membuka tempahan bagi dua telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone and iPhone 8 Plus, hari ini kita disajikan pula dengan harga Apple iPhone X yang akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Apple iPhone X yang merupakan model iPhone paling mahal pernah dikeluarkan oleh syarikat Cupertino ini akan memiliki harga penjualan RM 5,149 dan ini hanya lah bagi model 64GB dengan model 256GB memerlukan anda berpisah dengan tunai sebanyak RM 5,899.

Dengan pengumuman harga Apple iPhone X, kita kini mempunyai senarai harga penuh bagi ketiga-tiga model iPhone yang dilancarkan pada bulan September yang lalu.

Berikut adalah harga Apple iPhone 8, Apple iPhone 8 Plus dan Apple iPhone X :

Apple iPhone 8 64GB – RM 3,649
Apple iPhone 8 256GB – RM 4,399
Apple iPhone 8 Plus 64GB – RM 4,149
Apple iPhone 8 Plus 256GB – RM 4,899
Apple iPhone X 64GB – RM 5,149
Apple iPhone X 256GB – RM 5,899

Apple iPhone X akan ditawarkan didalam dua warna sahaja iaitu kelabu dan perak

Buat masa ini belum ada sebarang tarikh penjualan rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Bagi pasaran utama dunia, tempahan akan dibuka pada 27 Oktober diikuti penjualan rasmi pada 3 November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.