Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini di Malaysia

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini di Malaysia 1

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple Malaysia telah membuka tempahan bagi dua telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone and iPhone 8 Plus.

Selain pembelian secara tunai, Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut mula dibuka tempahan oleh syarikat telko seperti Celcom dan Maxis.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini di Malaysia 2

Bercakap mengenai harga penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kami telah senaraikan harga bagi setiap model mengikut kapasiti yang ditawarkan.

Apple iPhone 8 64GB – RM 3,649
Apple iPhone 8 256GB – RM 4,399
Apple iPhone 8 Plus 64GB – RM 4,149
Apple iPhone 8 Plus 256GB – RM 4,899

Apple tidak menawarkan kapasiti 128GB dan ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana kapasiti terendah hanya 64GB.

Bagi anda yang ingin menunggu untuk Apple iPhone X, ianya mungkin memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Disember dengan harga penjualan mencecah RM 5,000 dan ke atas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.