Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599

Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 1

Masih merindui Samsun Galaxy Note7 anda yang terpaksa dipulangkan kerana isu bateri yang dihadapi telefon pintar ini?.

Samsung Galaxy Note8 mungkin jawapan yang akan bermain didalam fikiran anda namun dengan harga penjualan mencecah RM 3,999 tidak ramai yang mampu memiliki telefon pintar terbaru Samsung ini.

Walaubagaimanapun, anda kini mempunyai satu lagi pilihan daripada Samsung sendiri kerana mulai 25 Oktober ini, Samsung Galaxy Note Fan Edition akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia melalui semua wakil pengedar sah.

Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 2

Samsung Galaxy Note Fan Edition adalah telefon pintar edisi khas yang secara asasnya adalah Note7 yang telah diberikan penjenaaman semula selain kapasiti bateri yang lebih rendah ( telah melalui ujian bateri 8-fasa).

Samsung Galaxy Note FE hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.7-inci, pemproses Exynos 8890, 4GB RAM ,64GB RAM memori simpanan dalaman dan Android 7.0 selain bantuan suara BIXBY.

Galaxy Note FE juga memiliki kamera utama 12MP (f/1.7) Dual Pixel manakala kamera selfie adalah 5MP dengan aperture f/1.7.

Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 3

Samsung Galaxy Note FE juga memiliki bateri berkapasiti 3,200mAh, USB-C, NFC, sokongan pengecasan tanpa wayar dan sensor IRIS.

Samsung Galaxy Note FE ini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,599 didalam dua warna iaitu biru dan hitam.
Samsung Malaysia juga mengesahkan bahawa Galaxy Note FE tidak mempunyai sebarang kuantiti tetap untuk dijual di Malaysia namun stok bergantung kepada permintaan.

Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 4 Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 5 Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 6 Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 7 Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 8 Samsung Galaxy Note FE tiba di Malaysia 25 Oktober ini pada harga RM 2,599 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.