Honor Malaysia bakal melancarkan Honor 6A bulan ini

Selepas pengenalan Honor 8 Pro beberapa bulan lalu, Honor Malaysia telah mengesahkan akan membawa satu lagi telefon Honor yang mempunyai harga yang lebih mampu milik tanpa tanpa mengabaikan kualiti dan prestasi.

Walaupun tidak memberikan pengesahan akan apakah model Honor yang akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan ini, berdasarkan gambar teaser yang dikeluarkan ianya dilihat adalah model Honor 6A Pro.

Honor 6A Pro sebelum ini telah dijuga diperkenalkan di pasaran India dibawah nama Honor Holly 4.

Honor 6A Pro atau Holly 4 hadir dengan reka bentuk yang berasaskan keluli sepenuhnya dengan reka bentuk panel belakang sama seperti peranti Xiaomi Redmi.

Terus kepada spesifikasi Honor 6A Pro ini hadir denganĀ  skrin paparan HD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 430, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman selain bateri berkapasiti 3,020mAh.

Beralih kepada kamera, Honor 6A Pro ini memiliki kamera belakang 13MP yang disertakan dengan PDAF selain kamera selfie 5MP.

Honor 6A Pro ini dijangka akan ditawarkan didalam beberapa warna ( hitam, putih dan emas) dengan jangkaan harga penjualan kurang dari RM 900.

Comments

comments

Share