Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 5A kini di Malaysia


Xiaomi kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar mereka ke pasaran Malaysia iaitu selepas Xiaomi A1 beberapa minggu lalu.

Xiaomi Redmi Note 5A kini telah mula dibuka untuk pra-tempahan melalui dua wakil pengedar iairu DirectD dan Mobile 2 Go ( melalui platform Lelong.my) dengan waranti rasmi Mi Malaysia.

Xiaomi Redmi 5A ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,080mAh.

Bercakap mengenai kamera, Redmi Note 5A hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 5A ini ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan kelabu dengan harga penjualan RM 549 ( percuma Mi powerbank 10,000mAh bernilai RM 85).

Stok bagi Redmi Note 5A ini akan mula tiba pada 11 Oktober dan penghantaran akan mula dibuat sejurus selepas itu.

Anda boleh membuat pembelian Redmi Note 5A di pautan di bawah

Redmi Note 5A directd

Redmi Note 5A Mobile2GO Lelong

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.