Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ambil Selfie dan Menangi Asus ZenFone 4 Selfie Pro Edisi khas Gong Yoo

Asus ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro telah mula dijual di pasaran Malaysia sejak bulan September yang lalu dengan harga penjualan RM 1,299 dan RM 1,799.

Anda kini mempunyai peluang untuk memenangi satu unit Asus ZenFone 4 Selfie Pro yang ditanda tangani oleh Gong Yoo yang merupakan duta produk Asus ZenFone 4.

Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan ini dan kami telah menyenaraikan langkah-langkah yang harus dilakukan.

  1. Mengikuti laman ASUS Malaysia melalui Facebook atau Instagram
  2. Mengunjungi mana-mana stor Asus di semenanjung Malaysia  (senarai kedai Asus boleh dilihat di sini)
  3. Mengambil selfie dengan poster atau bunting Asus ZenFone 4 Gong Yoo di kedai tersebut
  4. Nyatakan salah satu ciri ZenFone 4 Selfie / Selfie Pro yang paling anda suka dan kenapa
  5. Muat turun  ke FB dan/atau Instagram dengan hashtag berikut – #SelfiewithGongYoo dan #ZenFone4SelfieMY

Selain ZenFone 4 Selfie Pro yang ditanda-tangani oleh Gong Yoo, peserta peraduan ini juga boleh memenangi lebih 20 hadiah eksklusif Gong Yoo.

Tempoh peraduan ini adalah dari 5 Oktober sehingga 22 Oktober dan pemenang akan diumumkan pada 25  Oktober 2017.

 

 

Comments

comments